Joomla TemplatesBest Web HostingBest Joomla Hosting

.::: Info Ringkas SPI :::.

  • Siaran PIPA 2012: Ujian Saringan Bertulis Kuiz Bahasa Arab dan Ilmu Wahyu Majlis Ihtifal Sekolah (MISS) KPM Peringkat Negeri Melaka

    Perhatian kepada semua Pengetua SMKA, KAA & SABK Negeri Melaka.

    Pertandingan saringan ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

    Tarikh: 13 Jun 2012 (Rabu)
    Masa: 2.00 hingga 5.00 petang
    Tempat: Dewan SMKA Sharifah Rodziah
    Program: Kuiz B. Arab dan Kuiz Ilmu Wahyu

    Sebarang kemusykilan, sila hubungi Ustazah Hjh. Shamsiah bt. Mahmud, ditalian 232 7427/ 4607.

  • Syarat dan panduan Pertandingan MIIPA

    Makluman dan persediaan awal pihak sekolah:

    [ SYARAT DAN PANDUAN ]

    Info lanjut akan dimaklumkan kemudian, insyaAllah.

  • Perutusan Hari Guru 2012

    Warga SPI, JPN Melaka mengucapkan "Selamat Hari Guru 2012" kepada semua pendidik, tak kira dimana jua kalian berada.

    Berikut adalah Perutusan Hari Guru 2012:

    1] Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

  • Koleksi Soalan Peperiksaan PMR & SPM

    Berikut adalah koleksi pautan yang mungkin bermanfaat untuk rakan-rakan di sekolah:

    1] Blog Koleksi Soalan MOZ@C
    2] Blog Koleksi Soalan PMR
    3] Tutor TV (ASTRO)

  • Mesyuarat Agung PEKDIS 2012

    Mesyuarat Agung PEKDIS Cawangan Negeri Melaka yang dijadualkan pada 23 Mei 2012 ini, DITANGGUHKAN kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Harap maklum.

  • Taklimat Post-mortem Bahasa Arab SPM 2011

    Taklimat ini akan diadakan seperti ketentuan berikut:
    Tarikh: 17 Mei 2012 (Khamis) DITUNDA KE 22 MEI 2012.
    Masa: 2.30 petang
    Tempat: Bilik Mesyuarat Kg. Tun Razak, Bukit Katil

    Semua sekolah berkenaan (lihat lampiran), dikehendaki menghantar seorang Guru Bahasa Arab Tingkatan 5 untuk menghadiri mesyuarat ini. Sebarang kemusykilan, sila hubungi Ustaz Khairiel bin Moktar ditalian 232 6732.
    [ SURAT SIARAN ]

  • Bengkel Pembinaan Evidens KSSR Pendidikan Islam Tahun 2

    Bengkel ini akan diadakan seperti ketentuan berikut:

    Tarikh: 17 Mei 2012 (Khamis)
    Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
    Tempat: PKG Masjid Tanah

    Oleh itu, guru seperti tersenarai dalam lampiran dipersilakan hadir. Sebarang kemusykilan, sila hubungi Ustaz Kamarudzaman bin Mohd. Isa di talian 232 6725/ 013-6003674.                                                      [ SURAT SIARAN ]

  • Siaran BPI: Peluang Kenaikan Pangkat DGA29 hingga DG52 SABK

    Perhatian Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar SABK Negeri Melaka

    Sila ambil maklum dan bertindak berdasarkan surat berikut (jika berkenaan):

    1] Siaran BPI: Urusan Kenaikan Pangkat DGA29, DGA32 dan DGA34
    2] Siaran BPI: Urusan Kenaikan Pangkat DG44
    3] Siaran BPI: Urusan Kenaikan Pangkat DG48 & DG52

    Sebarang kemusykilan, sila rujuk Unit PIPA di talian 232 4607/ 7427/ 6241.

  • Nama Baru Unit OD

    Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Operasi Dakwah (UOD) di Sektor Pendidikan Islam seluruh negara telah bertukar ke Unit Pengurusan Dakwah & Syiar Islam (PDSI). Harap maklum.

  • PENCALONAN ANUGERAH MAAL HIJRAH KPM 2012

    Tuan/puan yang dihormati sekalian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengadakan Sambutan Maal Hijrah 1433H/2012M Peringkat KPM.

    Bagi tujuan sambutan tersebut, tuan/puan dijemput untuk mencalonkan Pegawai atau Anggota Khidmat Sokongan di Jabatan/Bahagian/Sekolah tuan/puan bagi anugerah tersebut. Terdapat beberapa kategori pencalonan iaitu :

    Kategori : Pengurusan Pendidikan, Kategori : Pentadbiran Sekolah, Kategori : Guru, Kategori : Staf, Kategori : Murid Islam, Kategori : Murid Bukan Islam

    Borang pencalonan dan panduan mengisi borang tersebut boleh dimuat turun di sini.

    Sumber: Portal BPI 

  • Tazkirah Mingguan JPN Melaka

    Tarikh:
    18 MEI 2012 (Jumaat)
    Masa:

    8.00 Pagi

    Bilik Kesidang: Ustaz Hj. Md. Razif bin Shahid
    Bilik Melati: Ustaz Hj. Khairiel bin Hj. Moktar

    Semua warga JPN Melaka dipersilakan hadir.

  • Maklumat Enrolmen Murid SMKA/ KAA dan SABK

    Perhatian kepada semua SMKA/ KAA dan SABK.

    Dipohon kerjasama Tuan/Puan mengemaskini maklumat bulanan enrolmen murid sekolah tuan/puan pada setiap bulan sebelum 5 haribulan berikutnya.

    Sila Klik pada e-Borang untuk mengisi borang tersebut. Gunakan username dan password yang telah diberikan sebelum ini. Kerjasama tuan/puan amat dihargai.

    Sekiranya ada sebarang kemusykilan, sila rujuk Unit PIPA, SPI di talian 06-232 7427/ 4607 - Ustazah Shamsiah binti Mahmud.

Program Hari Ini/ Terhampir

Sab Mei 19 @ 8:00AM - 01:00PM
Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Melaka 2012
Isn Mei 21 @ 2:30PM - 05:00PM
Taklimat Post-mortem SPM (2011) Pend. Islam Daerah Melaka Tengah
Sel Mei 22 @ 8:00AM - 05:00PM
Pemantauan Aset SABK Negeri Melaka 2012 Oleh BPI
Sel Mei 22 @ 2:00PM - 05:00PM
Taklimat Post-mortem SPM (2011) B. Arab
Rab Mei 23 @ 9:00AM - 01:00PM
Mesyuarat Sekolah Gunasama SK dan SRA JAIM (Petang)

Festival Nasyid Sekolah-sekolah KPM Peringkat Akhir Negeri Melaka 2012

17 Mei 2012 - Festival Nasyid Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia peringkat akhir negeri Melaka 2012 telah pun melabuhkan tirainya petang ini. Persiapan rapi dan persembahan hebat setiap kumpulan telah menjadikan suasana di Dewan SK Jalan Datuk Palembang yang pada awalnya cukup tenang telah bertukar menjadi sangat meriah dan ceria. 

Pertandingan ini adalah lanjutan daripada siri saringan yang telah dilaksanakan pada 2, 3, 7, 8, 9 dan 10 Mei 2012 lalu di tempat yang sama. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Hasilnya 7 pasukan terbaik sekolah rendah dan 5 pasukan sekolah menengah telah dipilih untuk ke peringkat akhir. Pasukan johan ini kelak akan mewakili Negeri Melaka ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 25 - 28 Jun 2012 kelak di negeri Kelantan Darul Naim.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Mohmd, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka. Turut hadir, Puan Rohana bt. Arifin, Guru Besar SK Jalan Datuk Palembang, Ustaz Hj. Md. Razif bin Shahid, Ketua Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar islam (PDSI) dan juga Ustaz Che Mat bin Che Leh, Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam (PPI), Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka.

Hadir sama, para pegawai Sektor Pendidikan Islam dan juga Ustaz Anuar bin Yahya, Penyelia Pendidikan Islam, PPD Melaka Tengah.

Keputusan Pertandingan:

SEKOLAH RENDAH:
Johan: Kumpulan Soutun Najah – SRA (JAIM) Merlimau Pasir
Naib Johan: Kumpulan Al Hamra'- SRA (JAIM) Batang Tiga Timur
Ketiga: Kumpulan Dian - SK Serkam


SEKOLAH MENENGAH:
Johan: Kumpulan Wardatud Diniah - SMKA Sharifah Rodziah
Naib Johan: Kumpulan Nur One - SMA (JAIM) Darul Falah
Ketiga: Kumpulan Soutul Azim - SMKA Sultan Muhammad

[ ALBUM 1 - SR ] ||| [ ALBUM 2 - SM]

Terakhir dikemaskini (Jumaat, 18 Mei 2012 01:46)

 

0 Comments

Siaran PIPA 2012: Ujian Saringan Bertulis Kuiz Bahasa Arab dan Ilmu Wahyu Majlis Ihtifal Sekolah (MISS) KPM Peringkat Negeri Melaka

Perhatian kepada semua Pengetua SMKA, KAA & SABK Negeri Melaka.

Pertandingan saringan ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 13 Jun 2012 (Rabu)
Masa: 2.00 hingga 5.00 petang
Tempat: Dewan SMKA Sharifah Rodziah
Program: Kuiz B. Arab dan Kuiz Ilmu Wahyu

Sebarang kemusykilan, sila hubungi Ustazah Hjh. Shamsiah bt. Mahmud, ditalian 232 7427/ 4607.

 

Mesyuarat Pentadbir SABK Negeri Melaka Bersama BPI, KPM


Tuan KS, SPI, JPN Melaka (tengah) sedang mempengerusikan mesyuarat.

15 Mei 2012 - Semua pentadbir Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di negeri ini diseru agar terus mengekal dan meningkatkan kecemerlangan akademik, ko-akademik dan juga kepimpinan dalam usaha mengangkat martabat SABK dikacamata masyarakat di negara ini. Pelbagai kejayaan yang telah dikecapi pada tahun ini telah membuktikan SABK juga mempunyai kehebatan yang tersendiri dan tidak boleh dipandang sepi.

Terakhir dikemaskini (Selasa, 15 Mei 2012 11:35)

Baca Lagi...

 

0 Comments

Perutusan Hari Guru 2012

Rating Pengguna: / 2
Kurang BaikTerbaik 

Warga SPI, JPN Melaka mengucapkan "Selamat Hari Guru 2012" kepada semua pendidik, tak kira dimana jua kalian berada.

Berikut adalah Perutusan Hari Guru 2012:

1] Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Terakhir dikemaskini (Rabu, 16 Mei 2012 07:12)

 

Mesyuarat Post-mortem Pendidikan Islam SPM 2011 (Daerah Alor Gajah)

14 Mei 2012 - Seramai 25 orang Ketua Panitia Pendidikan Islam (SM) sekolah-sekolah menengah Daerah Alor Gajah telah berpeluang berkongsi idea dan pengalaman semasa sesi perjumpaan post-mortem pencapaian Pendidikan Islam SPM 2011 yang telah diadakan pada hari ini.

Terakhir dikemaskini (Isnin, 14 Mei 2012 21:34)

Baca Lagi...

 

0 Comments

Kenaikan Pangkat Pentadbir & Guru SMKA & SABK (M) Negeri Melaka

Rating Pengguna: / 2
Kurang BaikTerbaik 

14 Mei 2012 - Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada para penerima surat kenaikan pangkat melibatkan SMKA dan juga SABK (M) di seluruh negara khususnya di Melaka yang telah berlangsung pada hari ini.

Terakhir dikemaskini (Isnin, 14 Mei 2012 22:16)

Baca Lagi...

 

0 Comments

PENGARAH PELAJARAN


Datuk Haji
Mohamad Yusoff bin Osman,
Pengarah Pelajaran Melaka

TIMB. PENGARAH


Tuan Hj. Kasim bin Mohamad,
Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka.

KETUA SEKTOR

Gambar KS SPI Melaka
Tn. Hj. Ismail bin Hj. Mohmd,
Ketua Sektor,
Sektor Pendidikan Islam,
JPN Melaka.

KSSR P.I & B.ARAB
Jom Undi
Portal SPI Ini
 
Demi Masa
Ulti Clocks content
Statistik
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini167
mod_vvisit_counterSemalam1333
mod_vvisit_counterMinggu Ini4947
mod_vvisit_counterMinggu Lalu12777
mod_vvisit_counterBulan Ini24543
mod_vvisit_counterBulan Lalu47565
mod_vvisit_counterSemua681513

Online (20 minit tadi): 8
IP: 38.107.179.210
,
Sekarang: 18-05-2012 04:49
Bersama Kita
Kami ada 125 tetamu online
Tazkirah

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Kalendar Mini SPI
May 2012
M T W T F S S
30 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3
Hadis Pilihan
Hadith 4
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):

Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.